Thursday, 11 March 2010
HADIS
Dari Jabir Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Salallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Oleh kerana itu, barangsiapa yang tepat dalam melakukan pengubatan suatu penyakit , maka dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla dia akan sembuh.”
(HR. Muslim, dalam kitab as-Salaam bab Li Kulli Dawaa wa Istihbabut Tadaawii, hadis no 2204.)
Dalam kejadian kita berikhtiar dalam mencari ubatnya dengan usaha yang maksimal. Dalam usaha kita mengubati penyakit yang dideritai, kita seharusnya memperhatikan 2 perkara:
Pertama:
Bahawa ubat dan doktor hanya saranan kesembuhan, sedangkan yang benar-benar menyembuhkan adalah Allah Subhana wa Ta’ala.
Kedua:
Ikhtiar tersebut tidak boleh dilakukan dengan cara-cara haram dan syirik seperti berubat dengan menggunakan ubat yang terlarang atau barang-barang yang haram kerana Allah tidak menjadikan penyembuhan dengan cara yang haram. Dan tidak boleh pula berubat dengan hal-hal yg syirik sprt mendatangi dukun, tukang sihir, paranormal dan lain-lain shg dapat mengakibatkan jatuh ke dalam syirik dan dosa besar yang paling besar.
(Do’a & wirid, karya Ust Yazid Jawas hal.354)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment